Tindakan seorang ustazah menjatuhkan hukuman dengan memaksa seorang murid lelaki untuk mengenakan telekung ketika sedang menghadapi peperiksaan mengundang padah apabila dikecam dan dikritik di media sosial.
Paling tidak boleh terima dek akal, pengajar wanita ini bertindak merakam dan menyebarkan gambar murid tersebut dalam aplikasi Whatsapp ‘group sekolah’.
Perbuatan itu sekali gus menimbulkan kemarahan ahli keluarga murid berkenaan yang menyifatkan tindakan ustazah itu sebagai ‘melampau’.
Adik yang dikenali sebagai Najmi ini didakwa dihukum sedemikian rupa gara-gara lupa memakai songkok ke sekolah.
Menurut kakak mangsa Liyana Azman, peristiwa itu mengakibatkan adik rendah diri dan malu selepas diketawakan oleh rakan kelasnya.
“Nak mengajar pun biarlah denda yang bermoral.
“Ok.. dia salah tapi tidak perlu hantar pada group bagai.. kami sekeluarga tidak boleh terima,” tulis Liyana dalam laman Facebooknya.
Friday, 12 June 2015
- In: Info Setempat
- Posted By: Nurul Team
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment