Dalam keadaan berlumuran darah, bayi lelaki berusia setahun hanya mampu meratap pilu di sisi neneknya selepas mereka terbabit kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, kira-kira 1 petang.
Bayi dikenali Mohd Ikram Safuan itu menangis tidak henti sebelum dibantu orang ramai yang turut menghubungi ambulans tidak lama kemudian.
Neneknya Faridah Hamid, 35, berasal dari Thailand bagaimanapun tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Inilah Kanak-Kanak Berdarah di Samping Mayat Selepas Kemalangan Tadi Bersama Ibunya
Kisah Kemalangan Sedih Arwah Ayah di Pangkuan Anak Kecil
Sehingga 8 malam, keluarga mangsa masih belum membuat laporan polis.
Anak Faridah, Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata, dia mengetahui kejadian itu pada 5 petang selepas dimaklumkan abang ipar yang dihubungi pihak hospital.
Mohd Ikram cedera di kepala dan bahu manakala neneknya masih mendapatkan rawatan kecemasan.
Dia tidak mengetahui bagaimana insiden itu berlaku namun, maklum bahawa ibunya dalam perjalanan dari Tak Bai, Thailand ke rumahnya di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
0 comments:
Post a Comment