Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.
Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.
Menjadi artis rakaman
Mona Fandey. Nama Mona Fandey sebenarnya berada di persada seni pada 1987 dengan kemunculan album - Diana I. Album sembilan lagu ini terbitan syarikatnya MFJ Productions Sdn Bhd dan pengedarnya Warnada Music.
Kemewahan dan kekayaan
Pada 1991, Mona menggemparkan dunia seni tanah air apabila keluar berita dengan tajuk - Artis miliki pulau persendirian. Dalam laporan itu Mona mendakwa membeli sebuah pulau di selatan thailand. Fuh kayanya dia. Laporan itu menyebut Mona Fandey dan suaminya, Affendy Abdul Rahman, menjadi artis pertama Malaysia yang memiliki sebuah pulau persendirian seluas 4,800 hektar yang hendak dimajukan sebagai pusat peranginan terbesar di rantau ini.
Mona dilaporkan membeli Pulau Oaks berhampiran Pulau Langkawi, Phuket dan Pattaya, dengan harga RM5.8 juta pada 1990. Mona juga mendakwa gemar mengumpul kereta sehingga beliau dan suaminya memiliki lima BMW dari siri 3 hingga 7, Honda Prelude, Mercedes Benz, Jaguar, Trooper dan beberapa kereta lain
Mangsa
Datuk Mazlan (tengah berbaju biru)
Mangsa
Kehilangan Datuk Mazlan Kali terakhir Allahyarham Mazlan dilihat ialah pada jam 9.30 malam 2 Julai 1993. Laporan mengenai kehilangan Mazlan dibuat di Balai Polis Raub pada 18 Julai 1993 oleh bekas Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Zuki Kamaluddin, selepas Allahyarham tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang, sejak 3 Julai 1993. Pasangan suami isteri itu ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, dekat Kuala Lumpur pada 20 Julai 1993 manakala Juraimi ditangkap tiga hari selepas itu.
Perbicaraan
TARIKH 12 September 1994 - kes paling sensasi pada abad ke-20 Pada hari itu di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, ketika itu berusia 38 tahun dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman, 37, serta pembantu mereka Juraimi Husin, 24, mula dibicarakan.
Mereka bertiga menghadapi tuduhan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Allahyarham Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Perusa, Ulu Dong, Raub, di antara jam 11 malam 2 Julai hingga 9.30 malam 13 Julai 1993.
Ketiga-tiganya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahannya.
Kes terakhir menggunakan sistem juri…
Kes ini juga mempunyai sejarah tersendiri apabila menjadi perbicaraan terakhir menggunakan khidmat juri di Malaysia. Selepas itu sistem juri dalam membuat keputusan perbicaraan dihapuskan. . Kes yang pada awalnya boleh diselesaikan dalam tempoh sebulan berlarutan hingga sembilan bulan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mohd Affendy dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu, manakala Mona di Penjara Kajang, sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh selepas lapan bulan Hakim Mahkamah Tengah Temerloh, Jalaludin Saleh yang bertindak sebagai majistret dalam siasatan awal kes berkenaan, memerintahkan supaya kes itu dibicara di Mahkamah Tinggi pada 18 Disember 1993. Kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi selepas mendapati keterangan pendakwa mencukupi untuk mendakwa mereka bertiga terhadap tuduhan dengan niat bersama membunuh Mazlan.

Bagaimana Datuk Mazlan dibunuh.. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 tertuduh pertama kes ini, Juraimi Husin mengaku menetak leher Datuk Mazlan.
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tigakali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi dalam keterangan membela diri.Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.
Bagaimanapun, tertuduh pertama itu tidak dapat ingat berapa bahagian dia memotong tulang dan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan Perubatan Fornsik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof dalam keterangannya memberitahu mahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudian saya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubang stor rumah yang sudah digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya.

Lakaran senjata dan peralatan yg digunakan
"Saya kemudian menyimen lubang itu pada keesokan harinya (3 Julai 1993)," akuan itu ketika disoal peguambelanya, Karam Sigh Bahl.Kejadian itu, menurut Juraimi, dilakukan atas rancangan dan arahan Maznah Ismail atau Mona Fandey (tertuduh ketiga) dan Affandi (kedua) di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas,Ulu Dong, Raub, pada 2 Julai 1993.
Pembunuhan itu selesai dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam dengan persedian dilakukan seminggu sebelum itu.Juraimi berkata, Mazlan ke rumah itu kira-kira jam 10 malam dengan memandu kereta bernombor pendaftaran CAA 5115 bersama Affandi."Mazlan kemudian diminta menyalin pakaian dan memakai kain saja oleh Mona sebelum masuk ke dalam bilik air."Sebelum itu, Affandi yang membawa dua biji bantal dan selimut sudah berada dalam bilik berkenaan," katanya menceritakan dengan tenang apa yang berlaku sejak mula dia berkenalan dengan pasangan bomoh itu sehingga pembunuhan Mazlan.
Juraimi berkata, Mazlan kemudian diarah berbaring dengan Mona duduk di bahagian kepalanya sambil meletakkan bunga pada dahi mangsa.Katanya, ketika Mazlan baring, Affandi ada berkata: "Datuk (Mazlan) baring, nama ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini akan jatuh."Menurutnya, Affandi yang duduk di sebelah Mona pula menutupmata Mazlan dengan tangannya."Tertuduh kedua itu kemudian memadam lampu dan menyalakan lilin.
Affandi kemudian menutup mata Mazlan dengan tangan sambil berkata kepada saya: "Rong (Gondrong), tetak biar kena tepat, jangan salah tempat, kalau tidakhabislah."Kemudian Affandi memberi isyarat tangan dan saya menetakleher Mazlan," kata Juraimi. Gondrong adalah nama panggilanJuraimi.
Rumah peninggalan arwah Mona fendi dan suaminya
dia merayu supaya tidak di cederakan.. Mona Fandey menceritakan dia di tengking.. di paksa membuat pengakuan bersalah. Malah dia menunjukkan bekas parut di kepalanya semasa didera dalam tahanan.. kasihannya.. Mona Fandey berkali kali menafikan dia dan suaminya terlibat dalam pembunuhan tersebut. Malah hatinya terguris dengan tuduhan polis yang menuduhnya melakukan perbuatan tidak bermoral dengan VIP dan Menteri menteri.. Namun apa kan daya..
semuanya atas budi bicara hakim dan juri untuk menghakimi cerita cerita dioarg semua.. bersalah atau tidak.. semua kuasa Allah yang menetukan
Ketiga-tiganya menerima hukuman
Keputusan dan Hukuman 9 FEBRUARI 1995 tepat jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suara bahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993. Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.
tiada tangisan, tapi senyuman diberikan oleh pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman ketika ketua juri memberi keputusan 7-0, bahawa mereka dan Juraimi Husin bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Juraimi pula terdiam sambil menahan sebak ketika ketua juri menyampaikan keputusan sebulat suara itu kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Hukuman gantung Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurnakan dan dikebumikan pada hari sama.
Jenazah Mona dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.
0 comments:
Post a Comment